Panduan lengkap penggunaan Sistem E-Sijil bagi kedua-dua peranan — Peserta dan Admin — merangkumi pendaftaran, permohonan, pengesahan, kehadiran QR sehingga penjanaan sijil digital.
Sistem Pengurusan Sijil ini dibangunkan untuk memudahkan jabatan dalam menguruskan proses pengeluaran, penyimpanan dan pengesahan sijil bagi peserta kursus.
Peserta mendaftar akaun pengguna dan log masuk ke sistem.
Isi permohonan sijil berdasarkan kursus yang disertai.
Admin menyemak, meluluskan dan menjana sijil digital.
Peserta memuat turun sijil setelah diluluskan oleh BPPSM.
| Jenis Pengguna | Peranan |
|---|---|
| Admin | Menyemak permohonan sijil, meluluskan sijil, menambah kursus dan template sijil. |
| Peserta (User) | Mendaftar akaun, memohon sijil, melihat status dan memuat turun sijil. |
Langkah ringkas untuk mengakses akaun anda di Sistem E-Sijil.
Belum mempunyai akaun? Daftar dahulu melalui tab Daftar sebelum boleh log masuk.
Paparan berjaya akan keluar dari sistem dan pengguna akan redirect ke halaman utama untuk Log Masuk.
Dashboard peserta memaparkan ringkasan menyeluruh mengenai status permohonan dan kursus.
Melihat ringkasan status permohonan sijil anda (Diproses, Lulus, Ditolak).
Melihat senarai status permohonan sijil anda secara terperinci.
Melihat semua kursus yang dianjurkan oleh jabatan.
Semak kursus yang anda sertai dan mohon sijil terus dari senarai ini.
Klik butang lihat berwarna biru untuk lihat lebih lanjut tentang maklumat kursus.
Klik butang mohon sijil berwarna unggu untuk memohon sijil.
Pantau status permohonan sijil anda melalui menu Semakan Permohonan.
Semua permohonan sijil anda boleh disemak melalui menu Semakan Permohonan pada bar sisi.
Status permohonan terkini dipaparkan pada jadual senarai bagi setiap kursus yang dipohon.
Permohonan berstatus Diproses masih boleh dibatalkan melalui butang Batal.
Apabila status bertukar kepada Lulus, klik butang Muat Turun untuk mendapatkan sijil dalam format PDF.
Modul ini disediakan untuk memberi ruang kepada pengguna mengemukakan sebarang cadangan, ulasan penambahbaikan, atau maklum balas teknikal.
Peserta boleh mengakses paparan senarai Notifikasi dengan mengklik ikon Lonceng Notifikasi di bahagian atas kanan paparan.
Dimaklumkan apabila Admin mendaftarkan atau menjemput peserta ke dalam sesuatu kursus/bengkel.
Dihantar semasa atau selepas kursus berlangsung untuk membolehkan peserta mengesahkan kehadiran dan mengisi penilaian.
Papan pemuka admin memberikan gambaran menyeluruh tentang aktiviti sistem.
Melihat ringkasan status permohonan sijil (Diproses, Lulus, Ditolak).
Melihat ringkasan status permohonan sijil peserta.
Melihat senarai template sijil dan tambah template sijil baharu.
Melihat semua kursus yang dianjurkan oleh jabatan.
Page ini memaparkan senarai rekod permohonan peserta mengikut status semasa.
Semak kriteria kelayakan sebelum membuat keputusan meluluskan atau menolak permohonan.
| ID Permohonan | Nama Peserta |
| No KP/IC | Nama Kursus |
| Penganjur | Tarikh Kursus |
| Lokasi | Template Sijil |
| Status Permohonan | Status Kehadiran |
Paparan ini memaparkan ringkasan maklumat kursus bagi tujuan semakan Admin.
Modul pengurusan peserta membolehkan admin menjemput peserta baharu ke dalam kursus/bengkel.
Jana dan muat turun Kod QR Kehadiran unik untuk setiap kursus.
Klik butang kursus berwarna hijau untuk menjana dan memuat turun Kod QR Kehadiran unik.
Kod QR boleh dipaparkan di skrin utama bilik mesyuarat/lokasi kursus untuk diimbas oleh peserta.
Peserta mengimbas kod QR bagi tujuan merekodkan kehadiran serta mengisi borang penilaian.
Kod QR ini sah selama 10 minit sahaja dan akan tamat tempoh selepas tempoh tersebut.
Halaman ini memaparkan senarai template sijil yang telah diimport ke dalam sistem.
Halaman ini memaparkan butiran penilaian peserta secara terperinci untuk analisis kualiti kursus yang dianjurkan.
Halaman ini membolehkan Admin menyemak, menilai dan mengemaskini status cadangan penambahbaikan yang dihantar oleh para peserta.
Itu sahaja garis panduan lengkap Sistem E-Sijil bagi Peserta dan Admin — daripada pendaftaran akaun sehingga pengesahan sijil digital.